Cara Pemesanan

 

 

1) Mencari produk

 

-  Cari produk yang anda inginkan, dan bawa cursor anda ke gambar produk tersebut. Anda akan lihat "more".

-  Tekan "more" untuk mengetahui produk tersebut dengan lebih lanjut.

 

-  Anda boleh memilih saiz dan warna yang anda kehendaki. Jadual ukuran saiz ada dibawah gambar pakaian tersebut.

- Kemudiannya  anda boleh tambahkan produk tersebut ke troli.

 

2) Urusan Pembelian

 

- Jika anda membuat keputusan untuk tidak membeli produk tersebut, anda boleh "delete" dari troli di kemudian masa - Anda boleh terus memilih produk yang anda inginkan sehingga selesai.

- Jika anda mempunyai kod vaucer, masukkan kod tersebut di tempat yang telah disediakan. Anda akan melihat jumlah harga dipotong mengikut nilai vaucer anda.

- Kemudian klik "Checkout" untuk urusan pembelian

 

 

3) Daftar

 

-Jika anda belum mempunyai akaun dengan Muslima Clothing, sila buat akaun baru. Jika sudah mendaftar, isikan sahaja butiran anda.

 

 

Kenapa perlu mendaftar?

- Pendaftaran ini hanya perlu dibuat sekali supaya segala butiran yang diperlukan dapat kami simpan. Jadi apabila anda membeli lagi dari Muslima Clothing, anda tidak perlu lagi memberi butiran-butiran tersebut kepada kami.

- Anda juga boleh simpan dahulu produk yang anda inginkan dan membelinya di kemudian hari.

- Jika ada apa-apa masalah atau kemusykilan, kami dapat hubungi anda dengan lebih mudah.

 

4) Selesai urusan pembelian

 

- Apabila selesai membeli, anda akan dapat email pembelian, jumlah bayaran dan akaun bank. Sila bayar jumlah ke akaun bank yang dinyatakan secepat mungkin.

 

5) Penghantaran

 

- Apabila kami menerima bayaran anda, anda akan mendapat email bahawa bayaran sudah diterima dan kami akan menghantar produk tersebut secepat mungkin. Anda kemudiannya akan merima "tracking number" untuk bungkusan tersebut. Semuanya anda boleh lihat kembali di dalam akaun anda.

 

 

Jika ada persoalan mengenai cara membeli, sila emailkan ke : customer[at]muslimaclothing[dot]com

 

Selamat membeli-belah di MuslimaClothing.com :)